|
"BLOG E-JAZIRAH ONLINE
TERKINI DIUPDATE PADA:
13 JANUARI 2009"
SILA LAYARI
BLOG AKTIVITI & BERITA DI BAWAH:
http://e-jazirahonline.blogspot.com/

Online
sejak: 9 FEBRUARI 2008
Assalamualaikum WarahmatuLlah…
Salam j-QAF dan salam ukhuwah,
KOMUNITI
E-JAZIRAH merakamkan JazakaLlahu khairan
kathira di atas kesudian pelayar internet
singgah di Blog ini.
E-JAZIRAH
Online
adalah sebuah BLOG INOVASI
KREATIF KOMUNITI MAYA GURU j-QAF LANGKAWI. Blog ini adalah cetusan idea dan
inspirasi
Tn. Hj. Muhd. Rushdan Bin Azizan,
Penolong Pengarah Kurikulum Teras
SPPIM JPN
Kedah (2008). BLOG
E-JAZIRAH
Online
dibangunkan oleh dua orang WEBMASTER iaitu:
Akhi Ahmad Tarmizi Bin
Ismail & Akhi Mohd Rokhaimi Bin Zakaria,
kedua-duanya kini berkhidmat sebagai Guru j-QAF di
Daerah Langkawi.
E-JAZIRAH Online bertujuan sebagai
PERKONGSIAN PINTAR
selain blog penyebaran maklumat semasa komuniti.
Maksud Perkongsian Pintar ini adalah sebagai
katalis untuk para pelayar berkongsi manfaat
yang dibangunkan dan disambung rangkaikan.
E-JAZIRAH
Online
memuatkan berita-berita komuniti, bahan-bahan rujukan
kurikulum dan ko-kurikulum Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab,
bahan-bahan pelaksanaan
program j-QAF (jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan
Fardhu Ain) yang dilaksanakan sebagai program
perdana KPM,
rujukan-rujukan serta panduan semasa dan program-program
dan
perisian pengisian data j-QAF yang dicipta bertujuan
memudahkan kerja-kerja guru dalam pelaksanaan
program j-QAF di sekolah-sekolah kebangsaan di
seluruh
Malaysia. Program-program dan perisian ini
dicipta oleh insan-insan yang mempunyai semangat
yang tinggi dalam melaksanakan model-model
program j-QAF sekaligus memartabatkan visi
Kementerian Pelajaran Malaysia dan
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM yang dulunya
dikenali sebagai JAPIM untuk
memperkasa Pendidikan Islam.
Sebarang tajaan untuk laman ini adalah amat-amat
dialu-alukan untuk menukarkan shortcut URL
http://e-jazirah2u.bravehost.com/ kepada:
http://e-jazirah.com ATAU
http://e-jazirah.net. Sila hubungi
WEBMASTER.
WEBMASTER E-JAZIRAH Online boleh
dihubungi di talian: 019-5785596
atau e-Mel:
myakhimizi@yahoo.com atau di BLOG:
http://akhimasrawi.blogdrive.com ATAU WEBLOG:
http://akhimasrawi.cjb.net atau Blog Guru j-QAF
di
http://akhimizi.blogspot.com/ ATAU
kepada Akhi Mohd Rokhaimi Zakaria di talian:
019-4765591
|
Download pelbagai bahan j-QAF di sini:
ATAU di
http://e-jazirah2u.bravehost.com/
NOTA
HUJUNG DARIPADA WEBMASTER:
KEWUJUDAN
E-JAZIRAH
Online
semakin terasa diterima. Setakat ini
user-user dari Malaysia, Indonesia dan
Mesir telah melayari blog
E-JAZIRAH
Online
ini. Sila war-warkan kepada rakan-rakan
terutama guru-guru j-QAF dan guru-guru
Pendidikan Islam seluruh Malaysia
tentang kwujudannya. Kebanyakan user dari semua negeri di
seluruh Malaysia telah melayari
E-JAZIRAH
Online.
Respon yang baik diterima sebagai
penghargaan Komuniti ITCL mewujudkan
website ini. Terima kasih diucapkan kepada semua.
Sebarang sumbangan bahan yang masih
belum ada di sini amat-amat dialu-alukan.
Sila SMS webmaster: Akhi Mizi -
0195785596 |
POWERED BY:


**************************************
|
::
BERITA SEMASA KOMUNITI E-JAZIRAH :: |

**************************************
MAKLUMAN: SEGALA
BERITA KOMUNITI SILA LAYARI BLOG E-JAZIRAH
ONLINE DI:
http://e-jazirahonline.blogspot.com/
SEKIAN, HARAP
MAKLUM.
|
PENGUMUMAN: ADA CADANGAN DARIPADA
JURULATIH UTAMA j-QAF NEGERI KEDAH KEPADA
WEBMASTER E-JAZIRAH Online SUPAYA MEMUATKAN
BANK SOALAN BAHASA ARAB DI BLOG INI
SEBAGAI PANDUAN DAN RUJUKAN BERSAMA. SEBARANG
KOMENTAR/RESPONS SILA EMELKAN KEPADA SAYA:
myakhimizi@yahoo.com atau sms +60195785596
KOMENTAR:
Setakat ni saya belum dapat atau terima
apa-apa lagi berkaitan Bank Soalan
Bahasa Arab itu sama ada menerusi emel
atau apa cara pun. (Webmaster). Rakan
Komuniti dari negeri-negeri lain yang
melayari Portal ini diucapkan terima
kasih di atas keprihatinan. |
**************************************
Ruangan Baru JOM
BERKENALAN ini akan menampilkan
personaliti-personaliti Warga j-QAF di Daerah
Langkawi. Ruangan ini dibuka dengan insan
pertama dipilih untuk dikenali ialah Pegawai
Khas j-QAF PPDL. Selepas ini adalah giliran
warga Guru j-QAF Daerah Langkawi pula. Sekiranya anda
berminat sila emelkan profil diri secara ringkas
dan gambar berukuran pasport kepada WEBMASTER
myakhimizi@yahoo.com. Tempoh paparan tidak
kurang 1 minggu tidak
lebih 1 bulan. Oleh itu, siapa cepat dia dapat.
WEBMASTER berhak mengedit apa-apa yang tidak
perlu diterbitkan.
|
JOM BERKENALAN: JURULATIH UTAMA (JLU)
j-QAF |

USTAZ ABDUL MALIK BIN ISA atau
lebih mesra dengan panggilan Ustaz Malik di
kalangan rakan taulan merupakan guru Bahasa Arab program j-QAF di SK Kelibang
bersama lagi 3 orang guru j-QAF termasuk Ustaz
Dhiyauddin (Bendahari ITC). Berkelulusan
Sarjana Muda dalam bidang Usul Fiqh dari
Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
Ustaz Malik adalah seorang yang ceria
lantaran beliau adalah seorang yang mudah
tersenyum dan suka bergurau. Justeru beliau mudah
mesra.
Beliau merupakan guru kohot 2005 yang
menjalani kursus perguruan KPLI di Institut Perguruan
Perlis. Mempunyai pengetahuan luas dalam bidang
agama yang diceburinya dan berkemahiran dalam
Bahasa Arab. Sikapnya yang suka tersenyum
dan suka menolong sesiapa sahaja menjadikan
beliau seorang guru yang istiqamah dalam
melaksanakan tugas dan amanah pendidikan. Beliau kini
menetap di Taman Berlian, Kuah. Ustaz Malik dan
isteri dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Anas
Mu'tasim dan Uwais alqarani. Ustaz Malik terlibat dalam
JK j-QAF Daerah Langkawi dan turut terlibat di
peringkat Negeri Kedah sebagai JLU Iqra'. Selain itu, beliau juga
merupakan AJK Jawatankuasa Penaja Komuniti Maya
Guru j-QAF Langkawi atau nama komersialnya ITC
(Islamic j-QAF Teachers Conference). Selain itu beliau turut aktif terlibat dalam
aktiviti kuliah agama dan kemasyarakatan. Jasa dan
sumbangan beliau di Pulau Langkawi amat
diharapkan terutama oleh komuniti masyarakat
setempat. Beliau boleh dihubungi di
talian: 013-6696682 untuk sebarang undangan
ceramah, kuliah agama, motivasi dll.
Blog beliau boleh dilayari di:
http://abuanas79.blogspot.com
**************************************
PANDUAN AM APLIKASI PROGRAM-PROGRAM/ PERISIAN
PENGISIAN DATA j-QAF
Sila Download terlebih dahulu program / perisian
yang dikehendaki di
E-JAZIRAH Online.
Kemudian sila perbanyakkan (copy - paste)
mengikut bilangan kelas untuk digunakan. Ikuti
arahan selanjutnya pada menu PANDUAN dalam
setiap perisian.
Guru-guru j-QAF dipelawa untuk menghantar
sebarang INOVASI KREATIF atau link URL
kepada WEBMASTER untuk tujuan dikongsikan dengan
rakan-rakan j-QAF yang lain dengan dikreaditkan
kepada nama pencipta/founder.
Sekian, syukran jazilan, kullu 'amin wa antum bi
khair.
Salam j-QAF mustamirrah,
WEB EDITOR
MERAKAMKAN UCAPAN JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZA'
KEPADA
USTAZ NAZRI SAMSUDDIN DI ATAS SOKONGAN DAN
KOMITMEN BELIAU MENYUMBANG KEPADA PENAMBAHBAIKAN
E-JAZIRAH Online.
SEBARANG CADANGAN/KOMENTAR/BAHAN UNTUK DISUMBANGKAN SILA HANTAR
KEPADA:

WEB EDITOR E-JAZIRAH
ONLINE:
AHMAD TARMIZI
BIN ISMAIL
BA (HONS) SYARIAH ISLAMIAH, AL-AZHAR
DIPLOMA PENDIDIKAN KPLI-SR j-QAF (Q-03 BAHASA
ARAB)
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS
DG 41)
SK PADANG MATSIRAT, 07100 LANGKAWI, KEDAH.
E-MEL:
myakhimizi@yahoo.com YM ID: mypujangga
WEBSITE :
http://akhimizi.blogspot.com/
H/P: 019-5785596
**************************************
|
Anda adalah
Pengunjung ke:
|
|